January 2, 2018 By gadget_admin Off

6 Tips Menjaga Kabel Data Telefon

Sedar tak sedar kabel data atau ‘Data Cable’ ada di mana-mana pada zaman ni.. zaman mobile. Pelbagai jenama, warna dan jenis kabel data dijual di mana-mana saja, ada dijual dgn harga puluhan ringgit hingga seringgit pun ada bergantung pada kualiti dan panjang kabel.  Ada kabel yg dibuat dengan bahan yg berkualiti dan tak sedikit juga yg dibuat dgn bahan yg  kurang berkualiti. Kabel mahal sekali pun ada kalanya tak menjanjikan tahan lama.. kerana ia juga bergantung bagaimana cara anda mengguna dan menjaganya.

Posting kali ni kami berikan 6 tips untuk menjaga kabel data anda agar tahan lama.. boleh jimat wang walaupun berharga seringgit. Seringgit pun boleh beli aiskrim.. ye tak?

 

    1. Disimpan/Dibawa Dalam Keadaan Bergulung

      Logam yang paling biasa digunakan untuk bahagian dalam kabel data adalah tembaga sbb konduksi elektrik yg baik. Tetapi aluminium dan keluli juga sering digunakan. Walaupun aluminium dan keluli mempunyai kekonduksian yang lebih rendah daripada tembaga, tapi ia lebih murah, aluminium pulak lebih ringan, dan tak mudah berkarat. Namun demikian, sifat semulajadi logam akan putus/patah bila dilentur atau dituil berkali2. Untuk kabel tahan lebih lama, aktiviti lentur atau tuil kabel perlu dikurangkan. Untuk itu, semasa membawa kabel anda di dalam beg atau bagasi, pastikan kabel digulung seperti dalam gambar di bawah.
      Untuk kabel 1 meter, cukup  gulung 3 atau 4 pusingan saja. 3 pusingan adalah terbaik. Semasa menggulung hendaklah dgn cermat, jgn libas kuat.


    2. Cabut Kabel Dengan Lurus

      Semasa mencabut atau memasukkan kabel kepada telefon bimbit, pastikan ia ditarik atau ditolak dengan lurus, jangan dituil, atau di goyang.

      Perbuatan goyang atau tuil semasa mencabut/memasukkan kabel boleh merosakkan kepala kabel, klip kecil berfungsi memegang kabel patah atau bengkok, ia boleh menjadi longgar dan tidak lagi melekat pada lubang mengecas. Bukan saja kabel malah telefon bimbit anda juga boleh rosak, lubang mengecas juga boleh longgar.


    3. Pegang Kepala Kabel

      Bahan penebat digunakan sebagai lapisan pelindung pada wayar dan kabel elektrik. Diantara bahan penebat elektrik yg baik adalah seperti PVC, kaca, asbestos, varnis, kertas, Teflon, dan getah. Bahan yg paling sesuai untuk menebat kabel data adalah getah kerana sifat kenyal dan lentur.
      Bagaimanapun, sifat kenyal getah akan meregangkan logam didalamnya yg bersifat keras bila kabel ditarik, ini boleh menyebabkan logam didalamnya putus. Untuk kurangkan risiko logam didalam kabel putus semasa mencabut kabel data anda daripada telefon atau Power Bank, pastikan anda memegang kepala kabel seperti dalam gambar dibawah dan bukannya memegang kabel.

      Mencabut kabel data dgn cara ini akan mengurangkan malah mengelakkan risiko bahan logam dalam kabel terputus. Kebanyakan kabel data sengaja direkabentuk dgn kepala mudah pegang.


    4. Balut Pangkal Kabel

      Balut pangkal kabel dgn pita lekat yg tebal agar dapat menegakkannya kabel. Ini untuk elakkan getah di bahagian pangkal kabel bengkok dan kemudiannya dapat memutuskan logam didalamya. Sila rujuk gambar dibawah.


      Pita lekat boleh digantikan dengan bahan kuat yang lain seperti benang tebal, dawai kraftangan, dan spring pen.

      Gambar diatas hanya contoh dan bermacam2 lagi bahan yg boleh digunakan mengikut kreativiti anda. nampak macam tak relevan kan? tapi boleh membantu.


    5. Elakkan Kabel Terdedah Panas Matahari

      Bukan kabel saja, apa saja objek yg terdedah kepada matahari akan mengalami pereputan, kalau tak banyak pun mungkin sikit, dan tak perasan pun.
      Tips yg ke-5 ni lebih kpd penjagaan getah kabel tu je, tetapi dari segi kerosakan logam didalamnya amat tipis.  Namun ada pengeluar kabel menggunakan silicon yg sgt tahan kepada perubahan suhu dan kimia.  Dari segi kekurangan fungsi dan daya cas kabel kami tak ada info yang terperinci.


       

       

    6. Tutup Suis Pengecas Bila Tidak Digunakan

      Sesetengah pengeluar kabel menasihatkan pengguna agar menutup suis plug ketika kabel tidak digunakan. Difahamkan, jika dibiarkan begitu terlalu lama akan merubah sifat logam didalamnya dan kuasa mengecas akan berkurang menyebabkan proses mengecas semakin perlahan. Sejauh mana reaksi ini boleh berlaku kami tak ada info yg terperinci.
      Disamping kesusutan fungsi kabel, membiarkan suis terbuka seperti itu juga boleh membazir tenaga letrik. Ini kerana pin pengecas (ada juga org panggil kepala plug) itu sendiri masih menerima cas walaupun telefon bimbit tidak disambung. Hal ini dibincangkan dalam majalah PC World dgn agak terperinci juga. Boleh diambil kira. Kesimpulannya, kita boleh menggunakan petua ni, tak rugi mengamalkannya.

 

Setakat 6 tips je untuk kali ni yang admin ada ilmu untuk dikongsi. Kalu ada lagi admin akan update je. Gadget Pro ada menjual kabel data getah silikon berkualiti tinggi, walau kabel diputar getahnnya akan melindungi logam daripada putus. Cuba tgk link ni Data Cable Kin Vale , dikeluarkan oleh Kin Vale.

Ok.. selamat menjaga kabel masing2. Selamat beramal dan berjimat!