Tips Panjangkan Hayat Bateri Anda
Semua bateri tak kiralah bateri apa sekalipun, mereka mempunyai jangka hayat yg terhad. Begitu juga dgn bateri telefon pintar pada hari ini, mereka hanya mampu berkhidmat untuk beberapa kitaran caj tertentu sahaja.
Kesilapan orang ramai pada hari ini ialah mempercayai bahawa bateri telefon anda sepatutnya dihabiskan dulu sepenuhnya sebelum anda mengecajnya lagi. Walaupun nasihat ini relevan pada masa lalu apabila bateri Nikel-Kadmium digunakan, ia tidak lagi relevan untuk telefon pintar dan tablet pada hari ini yang menggunakan bateri Lithium-ion.
Dengan bateri lithium-ion, jangka hayat bateri boleh dipanjangkan dengan mengecaj telefon anda secara berterusan. Menurut Battery University, mereka yang menghabiskan bateri sepenuhnya setiap kali sebelum mengecasnya lagi, hanya akan mendapat kira-kira 300-500 kali caj dari bateri mereka. Jika anda mengecas telefon anda setiap kali bateri menurun di bawah 50%, ini akan meningkat bilangan cas sebanyak 1200-1500 kali caj. Maknanya disini, dengan mengecas telefon anda secara lebih kerap, bilangan caj juga meningkat.
Peratusan Bateri Dihabiskan |
Bilangan Caj |
Dihabiskan hingga 90%, kemudian dicaj | 3,750 – 4,700 |
Dihabiskan hingga 75%, kemudian dicaj | 2,000 – 2,500 |
Dihabiskan hingga 50%, kemudian dicaj | 1,200 – 1,500 |
Dihabiskan hingga 100%, kemudian dicaj | 300 – 500 |
Lebih tinggi peratusan bateri dihabiskan, semakin kurang bilangan caj yg dapat dilakukan oleh bateri anda . Jadual ini diambil dari Battery University.
Selain daripada mengecaj bateri anda secara berterusan, anda perlu memastikan bateri anda sejuk dan kering. Jika dijaga dgn baik, ia sepatutnya dapat memberi khidmat kuasa untuk telefon pintar anda selama 3 hingga 5 tahun.Sekiranya anda menyimpan bateri, simpan di sekitar tahap caj 40%. Ini jauh lebih baik daripada menyimpan bateri yang terisi penuh.
Akhir sekali, perlu diketahui bahawa bateri lithium-ion mengalami susut nilai bermula dari hari mereka dibuat. Daripada membeli bateri ganti untuk kegunaan masa akan datang, sebaiknya anda tunggu je sehingga anda betul2 memerlukan bateri baru, pada masa tu baru lah beli yg baru. Ini akan memastikan bateri mempunyai tarikh pembuatan yang lebih terkini.
Sumber dari giffgaff.